Profil risiko pelabur
Posted on | April 22, 2011 | 2 Comments
Profil risiko – apakah dia sebenarnya?
Dalam bahasa yang mudah, profil risiko pelabur adalah suatu petunjuk / indikator yang memberitahu kita apakah tahap risiko pelaburan yang sesuai dengan diri kita – konservatif, sederhana atau agresif. Untuk mengetahui profil risiko pelaburan diri kita, kita perlulah menilai terlebih dahulu profil tersebut dengan menggunakan soal selidik yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan pelaburan tersebut.
Soal selidik ini mungkin berbeza daripada sebuah penyedia perkhidmatan dengan penyedia perkhidmatan yang lain, namun tujuannya adalah sama – untuk memberitahu kita apakah profil risiko diri kita yang sebenarnya. Walau bagaimanapun, kita bebas untuk memilih sama ada ingin menggunakan profil yang dicadangkan menerusi hasil soal selidik tersebut ataupun tidak.
Sebagai contoh, saya kongsikan satu soal selidik yang boleh kita gunakan untuk tujuan ini. Siri soal selidik ini diperolehi daripada laman web Public Mutual Berhad.
Ini hanyalah salah satu contoh sahaja. Anda boleh mendapatkan contoh soal selidik profil risiko pelaburan daripada pelbagai penyedia kemudahan seperti ini di internet. Apapun, anda bebas untuk menerima pakai hasil soal selidik tersebut ataupun tidak.
Jadi, apakah profil risiko anda?
(sumber gambar : Laman web FIMM)
Related posts:
Tags: pelaburan unit amanah islam > profil risiko pelabur
Comments
2 Responses to “Profil risiko pelabur”
Leave a Reply

Link to this page
![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)




May 10th, 2011 @ 10:24 pm
banyak skim cepat kaya yg muncul di pasaran sekarang menyebabkan ramai pelabur dah tak hiraukan lagi pasal profil pelabur ni…..dek kerana terpesona dengan janji dan habuan lumayan dan pantas…..habis bergolok bergadai semua harta dipertaruhkan……sudahnya….modal hilang….berhati-hatilah
May 20th, 2011 @ 11:40 am
kerana tiada soal selidik.sebab tu
pelabur bakal rugi.dalam kes rugi
sebab tamak pun ada.