Laman Unit Amanah

Sebuah blog tentang pelaburan unit amanah dan tips kewangan

Mengenai RH Wealth Advisors

 

 

 

 

 

 

RH Wealth Advisors adalah sebuah agensi perunding unit amanah yang  memberikan khidmat perundingan pelaburan unit amanah kepada para pelabur dan bakal pelabur. Agensi ini mula ditubuhkan pada Julai 2010 dan beroperasi di Kuantan, Pahang.  Agensi ini giat mempromosikan produk pelaburan unit amanah Islam yang disediakan oleh sebuah syarikat pengurusan unit amanah (UTMC) no. 1 di Malaysia, iaitu Public Mutual Berhad.

Latar Belakang Pengasas RH Wealth Advisors

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

En. Edy Syahrul bin Omar merupakan pengasas kepada agensi RH Wealth Advisors. Beliau  dilahirkan di Muar, Johor dan merupakan anak kedua daripada enam beradik. Beliau memulakan alam persekolahan di SK Ismail 2, Muar (1985 – 1987) dan SRK Merlimau 1, Merlimau, Melaka (1988 – 1990). Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah rendah di SMKA (A) Sultan Muhammad, Batu Berendam, Melaka (1991 – 1993) sebelum meneruskan pengajian ke peringkat menengah tinggi di Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor (1994 -  1995). Selepas tamat pengajian, beliau meneruskan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai (1996 – 2000) dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal – Industri.

Beliau mula berkecimpung di dalam pelaburan saham pada Mac 2007 dan mula mendalami selok-belok pelaburan saham. Beliau memiliki berapa buku rujukan pelaburan saham tulisan beberapa penulis seperti Bill Wermain, Ho Kok Mun dan lain-lain. Beliau juga sering membuat rujukan di internet untuk mendapatkan maklumat serta mengikuti perkembangan semasa pasaran global dan domestik. Beliau mula melibatkan diri secara aktif di dalam industri unit amanah pada 2010 dan telah memperolehi lesen daripada Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM). Kini, beliau merupakan Perunding Unit Amanah di bawah syarikat pengurusan unit amanah terkemuka di Malaysia, iaitu Public Mutual Berhad.

Sehingga April 2011, beliau telah mengendalikan lebih 15 orang pelabur dengan jumlah NAB pelaburan melebihi RM100,000.  Oleh kerana masih ramai yang belum menggunakan khidmat beliau, anda masih berpeluang untuk mendapatkan khidmat rundingan dengan lebih ekslusif. Ramai pelabur unit amanah yang merungut tentang mutu perkhidmatan ejen mereka, kerana sebagai ejen, mereka hanya mengejar keuntungan sahaja! Sebagai perunding unit amanah, RH Wealth Advisors komited untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada para pelabur. Jadi apa tunggu lagi, hubungi RH Wealth Advisors sekarang!

Copy the code below to your web site.
x 
Share
  • Pages

  • Artikel Terkini

  • Kategori Artikel

  • Tag

  • BlogMalaysia.com

  • Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.